Monday, October 19, 2009

Masih Ada Lagi

Walau apa pun masih ada yang bersimpati dan memberi. Kempen membeli sambil menderma walaupun agak dingin tapi Allah tetap membukakan hati hamba-hambanya. Setakat ini 10 pasang telah terjual.

Yang tinggal kebanyakkannya ialah telekung putih dengan sulaman sekeliling. Jahitan dan motif sulamannya menarik kerana telekung ini adalah hasil tangan dari penduduk periaman waktu bulan ramadhan dahulu. Hasil jualan telekong yang dikirimkan ke sana sedikit sebanyak akan membantu mereka membina kembali kehidupan yang telah hancur itu.

Waktu bercakap dengan Ansyaril, sahabat saya itu minggu lepas, bergetar suaranya menahan sebak bila saya bertanya khabar "hancur semuanya kak" jawapnya dengan suara yang bergetar menahan sebak. "Tolong kak, kirimkan berapa aje hasil jualan telekung tu kak....."

Stok masih ada lagi jadi amatlah dialu-alukan sesiapa yang ingin membeli sambil menderma. Muga usaha yang tidak seberapa ini akan mendapat keredhaan allah.

Sudi-sudikanlah menghulurkan tangan memberi bantuan.

No comments:

Post a Comment