Wednesday, September 16, 2009

Selamat Menyambut Aidil Fitri

Buat Semua

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Maaf Zahir dan Batin

Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidil Fitri

salam

hari ni selesai le masalah teknikal tu, harap tak berulanglah pulak lepas ni......sape-sape rasa teruja `bolehlah tinggalkan komen anda kat Mai Menyembang tu.....nanti kita sembang-sembang...leh semabang pasal harga, pasal qualiti, pasal bayaran atau apa-apa yang sewaktu dengannya....

so, aida tq so much for making it possible. For Ku Yin tq for your feedbacks and comment. appreciate that very much......

Lepas raya kita sambung dalam memperelokkan blog ini lagi....so aida you are in the loop.....so let see what we can achieve after this. ok?

Sunday, September 6, 2009

Masalah

Blog ni ada masalah......tak ada kat website? Macamana ia? Kat mana silapnya.......blog-blog yang lain ok aje...isk...isk.....

Macamana pun nak kena cari juga punca masalah ni........mudah-mudahan akan jumpa jalan penyelesaian dan blog ini akan dapat dicari diwebsite.....

Thursday, September 3, 2009

Jamulah Mata - Percuma aje......















Gambar-gambar keunikan telekong sulam yang saya jual.
Cantik dan berpatutan harganya.

Janganlah bagi alasan orang solat kat belakang tak kyusuk sebab asyik tengok telekong tu...kita sepatutnya lebih berkeyakinan dan tinggi motivasinya pabila kita mengadap Allah dengan pakaian baru khas buatNya.

Cuba kita renung sejenak - bila waktu kita menghadirkan diri untuk temuduga, dating untuk pertama kali, waktu bertunang, majlis bersanding kenapa nak berhabis-habisan beli/sewa pakaian mahal-mahal - semuanya kerana nak dipandang cantik dan dipuji orang tapi pelik bila nak solat tak nak pulak pakai yang cantik-cantik sebab takut dikata orang?

Tiada yang lebih gah atau lebih besar dari kita menyembah Allah. Allah pun suruh kita pakai cantik-cantik pergi ke mesjid kan......?

Memanglah telekong bukan syarat sah solat tapi telekong budaya melayu kan?.....