Monday, July 12, 2010

Stock Clearing










Esok 1 Sya'aban. Bulan depan kita puasa.

Bagi sesapa yang ingin mendapatkan telekong baru bagi kegunaan bersolat tarawikh bolehlah mencuci mata sambil memilih mana-mana yang berkenaan dihati . Masih ada sedikit lagi tapi yang putih sahaja. Yang warna-warni dah tiada.

Kalau berminat bolehlah hubungi saya di rahamah@gmail.com. Harga berpatutan.............

Wednesday, October 28, 2009

Bagaimana melahirkan rasa syukor?

'Sebagai nikmat dari Kami. Demikianlah Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang bersyukur (QS. Al-Qamar [54]:35).

Sebagai melahirkan rasa syukor kita - tidak cukup hanya dengan kata "hamba bersyukor" tapi harus dilahirkan dengan perbuatan - bersedekah, beramal, ber"korban", meninggalkan yang dilarang .











'Sebagai nikmat dari Kami. Demikianlah Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang bersyukur (QS. Al-Qamar [54]:35).

Tuesday, October 27, 2009

Salam Dari Pariaman, Padang

Ansyaril aka Uda Am menghantar sms merakapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah menghulurkan simpati dan mendoakan mereka.

Berikut adalah antara bait-bait sms yang beliau kirimkan kepada saya. Bagi pihaknya saya menadah tangan ke hadrad ilahi muga segala usaha kita/niat kita ini diterima Allah hendaknya. Amin

"Terima kasih banyak atas bantuan kakak,dan kami mendoakan semoga business kakak semakin berjaya di masa yg akan datang hendaknya amiin ... sekarang suasana di Padang dan Pariaman sudah membiru dg camp.Kak hotel di Padang banyak yg rusak berat kak.

Kak rumah saya di Pariaman,kalau Bukittinggi tak ada masalah kak,yg terok di Pariaman dan Padang krn dekat sumber gempa,tadi pagi masih ada gempa alhamdulliah tidak kuat."

Jika ada yang ingin melawat Padang dan Bukit Tinngi atas nama Humatarian dan Charity Tours bolehlah menghubungi saya. Bisa kita lihat bagaimana keadaan mereka disana......:D

Monday, October 19, 2009

Masih Ada Lagi

Walau apa pun masih ada yang bersimpati dan memberi. Kempen membeli sambil menderma walaupun agak dingin tapi Allah tetap membukakan hati hamba-hambanya. Setakat ini 10 pasang telah terjual.

Yang tinggal kebanyakkannya ialah telekung putih dengan sulaman sekeliling. Jahitan dan motif sulamannya menarik kerana telekung ini adalah hasil tangan dari penduduk periaman waktu bulan ramadhan dahulu. Hasil jualan telekong yang dikirimkan ke sana sedikit sebanyak akan membantu mereka membina kembali kehidupan yang telah hancur itu.

Waktu bercakap dengan Ansyaril, sahabat saya itu minggu lepas, bergetar suaranya menahan sebak bila saya bertanya khabar "hancur semuanya kak" jawapnya dengan suara yang bergetar menahan sebak. "Tolong kak, kirimkan berapa aje hasil jualan telekung tu kak....."

Stok masih ada lagi jadi amatlah dialu-alukan sesiapa yang ingin membeli sambil menderma. Muga usaha yang tidak seberapa ini akan mendapat keredhaan allah.

Sudi-sudikanlah menghulurkan tangan memberi bantuan.

Tuesday, October 13, 2009

Masih Ada yang Sayang

Jika ada yang terbuka hatinya ingin membantu saudara seagama kita yang kini tinggal di "camp" akibat bencana gempa tempohari, bolehlah membeli telekong dengan nilai RM100-00 sepasang.

Muga dengan belian kita itu dapatlah meringankan bebanan mereka sedikit. Bak kata Mak Uteh pulak: " Nasib baik le ada harta yang dititipkan kemari sebelum bencana, boleh juga bantu-bantu mereka".

Bayangkanlah dengan membeli sepasang telekong, saya mengirakan anda mendapat 2 fadhillat sekali gus namun hanya Allah yang mampu memberikan ganjarannya kepada kalian tertakluk kepada niat. Manakan tidak, coba kita lihat ini :-

(i) Membeli dengan niat ingin membantu - 1 fadhillat
(ii) kemudian kita hadiahkan telekong itu kepada sesaorang - 1 fadhillat

dan

jika telekong itu dipakai terus-terusan untuk beribadat, maka tentu ada fadhillatnya untuk sipemberi, tak gitu?

Namun usah dihitung-hitung fadhillat dan ganjaran dari Allah tapi lakukannya kerana Allah maka Allah pasti akan memberikan ganjarannya mengikut apa yang dimahukanNya.

Jika tidak mahu/mampu membeli maka bantulah mengwar-warkan berita baik ini kepada kekawan yang lain sebagai juga satu ibadat. Free and Easy.

Tak susah untuk berbuat baik dimana pekara yang baik jika diniatkan kera allah pasti akan jadi satu ibadat, insyallah.

Sunday, October 11, 2009

Allah Will Provide (Allah akan mencukupkan)

Sesungguhnya Allah tidak pernah mungkir janji. Selepas posting The Power of Sadaqah tempoh hari sekadar ingin nak berkongsi bilamana Allah akan membuka pintu hati siapa saja yang dikehendakiNya untuk menghulurkan tangan memberi bantuan.

Walaupun ada diantara kita yang merasa marah dan tersinggung dengan apa yang segelintir rakyat Indonesia dan mereka memandang sepi bantuan dari kita, jika apa yang kita lakukan ikhlas maka ia tidak mengjadi halangan atau kudis buat kita kerana nawaitu kita ialah "kerana allah" bukan kerana kita minta pujian dan sanjungan.

Fikir-fikirkan

Friday, October 9, 2009

hadiah buat jemaah haji

Syawal makin berlalu, pastinya para jemaah yang akan berangkat menunaikan haji tentu sedang bersiap sedia untuk berangkat. Lazimnya sebelum berangkat, keluarga dan para jemaah haji akan mengadakan kenduri doa selamat.

Yang datang biasanya pasti akan membawa buah tangan untuk bakal-bakal haji. Tak kiralah duit ke, barangan ke malah juga doa agar selamat pergi dan selamat kembali dan semuga beroleh haji yang mabrur.

Apa kata kali ini kita hadiahkan telekong sebagai ole-ole buah para hajjah kita?